Wednesday, January 5, 2011

:+:SuperCeLL:+:

hi uolllss...
ari ni entry agak berilimiah skit ye.........
stori mori ttg stemcell...... :)

Dulu..mase preggykn Nabila 2006......stemcell ni dh ade dh pun...tp time tu kurang pengetahuan skit........
mase tu ade gak bace2 magazine ttg simpan stemcell ni...tp yela kn,x famous lg time tu....lgpun x dpt further detail ttg benefit & x tau nk tanye sape....
pas Nabila born....mula la cite ttg supercell ni btmbh byk.........
mase preggykan Hanna ade gak duk verangan dlm hati nk simpan stemcell..tp x kesampaian jgk...
jd..skrg.....sgt2 berazam bile preggy anak num 3 nti nk simpan stemcell... :) ewah...num 2 pun kenit lg dh verangan nk preggy num 3 ek??ekeke....
Verangan dulu....dr berangan wujud impian kn??dh ade impian kene la usaha sungguh2 tuk impian tu...ewahh..kate2 motivasi tuk diri sndiri.......

apekah stemcell??ewah??
semua org dg tau kn??/ade ke yg x tau??uiks..mustahil...hehehe....

ALL ABOUT Umbilical Cord Blood-StemCell / Darah Tali Pusat

Berbaloi ke rasa bayar rm2000-rm5000 utk 10/20tahun storage tu???worth x??
tp tu dulu la...skrg ni dh byk plan/pakej tuk simpan stemcell ni...ade yg installment bln2....mcm2 pakej ada...kene rajin2 la sebey dkt stem bank salah satunya Stemlife Bhd,CryoCord,CordLife,Cellsafe..
then klau jumlah cord blood x smpai seperti yg dikehendaki mase kite deliver nti...duit tu akn direfund.. :)

klau Cellsafe...hotline cellsafe 1300 88 2355 ...... 24 hour customer hotline....x pun website die cellsafegroup.com...ewahh...siap tlg promote lg..ekekeke...

or refer to this link...

www.stemlife.com/
http://stemlife1.blogspot.com/

ade yg dh reg kt CellSafe...
katanye antara kebaikan cellsafe...

1) Boleh deliver kat hospital kerajaan...
2) Boleh buat instalment bayar in 12 months time...
3) Ada diskaun RM500...
4) Boleh pilih samada nak store the cord blood in vials or bag
5) Boleh pilih samada nak store the cord blood in one place kat mid valley or 2 places - mid valley and kat pj (depan hospital assunta - with additional cost)

byk sgt penyakit yg boleh dirawat especially blood disorder....yg slalu kita dgr thalasemia & leukimia. klau nk tgk senarai panjang dia,leh suft kt internet ye kwn2....

klau family ada history sakit ke...blood disorder ke...mmg worth la sbb confirm akan guna...klau x de,dia mcm insurans la...mana la tau akan dtg tetiba ada ahli keluarga yg sakit....we never know kan???

cord blood ni 100% mmg padan dgn baby, 50% padan dgn parents, 25% padan dgn adik beradik..maknanya mmg bole gune tuk whole family members... :)

****antara artikel yg ina jumpe ttg blood cord ni.....nk tepek sat.... :) ******

Darah tali pusat - ada pengalaman?
Simpanan sel tali pusat untuk penyakit masa depan


ke_01_big

DR. SWEE KIM menunjukkan bekas berteknologi tinggi yang digunakan untuk menyimpan sel tunjang (stem) secara sejuk beku di pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.

KEBIASAANNYA ibu bapa akan membuka akaun simpanan di bank atau membeli skim insurans untuk kegunaan masa depan anak mereka.

Bagaimanapun, tradisi tersebut mungkin berbeza bagi sebilangan ibu bapa yang memikirkan kehidupan anak mereka kelak.

Mereka kini menggunakan bank dalam bentuk berlainan pula sebagai cara baru demi masa depan anak-anak mereka.

Simpanan yang dimaksudkan itu adalah bank perubatan untuk menyimpan sel stem atau sel tunjang daripada tali pusat bayi dengan harapan ia mampu merawat kemungkinan sebarang penyakit-penting serius yang dialami oleh anak mereka satu hari nanti.

Darah tali pusat ialah darah yang dikumpulkan daripada tali pusat dan plasenta atau uri selepas bayi dilahirkan.

Darah ini kaya dengan sel tunjang, iaitu sel khusus tubuh, unsur darah, saraf dan sel otot.

Sel tunjang telah digunakan sebagai terapi bagi lebih daripada 70 jenis penyakit termasuklah kanser, leukemia, parkinson, alzheimer dan sebagainya.

Menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh CellSafe International (CSI) Sdn. Bhd., ibu bapa berpeluang membeli polisi insurans yang berteknologi tinggi untuk anak-anak mereka.

Menurut Dr Gong Swee Kim dari CSI, dengan menyimpan sel tersebut, ibu bapa melakukan pelaburan demi memastikan lebih banyak pilihan perubatan.

Andainya bayi-bayi mereka mempunyai penyakit leukemia atau barah pada masa hadapan, anda akan mempunyai sel stem yang sedia digunakan untuk rawatan,katanya.

Sel tunjang merupakan sel utama, yang mana mampu berkembang menjadi sel gantian dan para penyelidik percaya ia mampu merawat penyakit dan boleh digunakan untuk memulihkan organ-organ badan yang rosak.

Terdapat dua punca utama untuk sel tunjang iaitu sel tunjang dewasa dan embrionik.

Sel tunjang dewasa boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak.

Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).

Sel stem embrionik pula diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).

Dalam pada itu, terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.

Tambahnya, darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel tunjang hemopoietik (HSC).

Kira-kira 100 milimeter boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.

Sel ini boleh ditemui daripada tali pusat sebaik sahaja ia dipotong dalam prosedur yang memakan masa hanya lima minit serta tidak mendatangkan bahaya ke atas kedua-dua ibu dan bayi.

Sel itu kemudiannya berpotensi digunakan untuk memulihkan kerosakan pada organ atau tisu, walaupun kanak-kanak itu sudah membesar sebagai seorang dewasa, para doktor percaya tidak akan menyebabkan kesan penolakan dan ia juga dapat digunakan untuk menggunakan sel tersebut untuk merawat adik-beradik dalam keluarga tersebut,ujarnya.

Siew Kim memberitahu, sel tunjang disimpan secara sejuk beku di dalam bekas berteknologi tinggi pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.

Penyimpanan sel tunjang daripada darah tali pusat dapat menyelamatkan bayi anda, dan sel tunjangnya boleh diambil kemudiannya apabila diperlukan untuk rawatan teraputik pada masa kini dan juga masa hadapan,katanya.

Selain itu, saudara kandung bayi tersebut juga berkemungkinan dapat berkongsi menggunakan sel tunjang sesama sendiri.

Ini ialah satu insurans hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka pada seseorang kanak-kanak,jelasnya.

Misalnya, sel tunjang darah tali pusat boleh digunakan untuk menggantikan sel darah yang luar biasa atau yang rosak dalam rawatan leukimia, sebagai alternatif kepada pemindahan sumsum tulang.

Tambah Swee Kim, dalam pemindahan sel tunjang, sel tunjang yang telah digunakan ini boleh dipadankan secara genetik dan dengan demikian, dapat mengelakkan risiko wujudnya penolakan semasa pemindahan.

Katanya, proses pengumpulan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tidak juga berisiko kepada bayi ataupun ibunya kerana ia dilakukan hanya pada tali pusat setelah bayi dilahirkan.

Swee Kim berkata, aplikasi masa hadapan dalam teknologi sel tunjang mungkin berkembang positif.

Penyelidik masih lagi menjalankan penyelidikan tentang sel tunjang bagi mendapatkan jawapan kepada pelbagai bentuk kanser, penyakit jantung, strok, diabetes, distrofi otot, penyakit parkinson dan alzheimer.

Kini penyelidikan tentang sel tunjang semakin giat dijalankan dan telah terbukti bahawa sel tunjang boleh berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pankreas dan rawan,ujarnya.

Dalam jangka masa terdekat ini, pertumbuhan organ daripada sel tunjang mungkin dapat dilakukan.

Oleh itu, teknologi sel tunjang menawarkan kemungkinan yang tiada penghujungnya dalam jagaan kesihatan.

INFO CSI

* CellSafe International (CSI) ialah pakar perkhidmatan biotek berteknologi tinggi yang menyediakan pengawetan kriogenik sel tunjang darah tali pusat yang tidak menimbulkan kontroversi bagi bayi anda yang baru lahir.

* CSI terlibat secara aktif dalam aktiviti yang mendidik bakal ibu bapa tentang kebaikan mneyimpan sel tunjng bayi baru lahir.

* CSI diuruskan oleh sepasukan tenaga profesional yang diketuai oleh doktor perubatan (pakar darah) dan Ahli Sains Penyelidikan Pasca Doktor Falsafah (Imperial College London).

* CSI dibiayai sepenuhnya oleh kumpulan pelabur tempatan dan antarabangsa dan sedang merancang untuk meluaskan aktivitinya ke nagara China dan ASEAN termasuk Indonesia dalam masa terdekat ini.

* CSI dipantau oleh sebuah panel penasihat yang terdiri daripada ahli sains dan pakar perbuatan yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Perkhidmatan CSI

* Semua kakitangan makmalnya adalah berkelayakan dan terlatih secara profesional sebagai ahli teknologi makmal perubatan.

* Menggunakan kelengkapan dan teknologi terkini untuk memastikan bahwa kami dapat mengekalkan khidmat perbankan darah tali pusat yang berkualiti tinggi.

* Menawarkan lebih banyak pilihan produk yang hebat daripada pembekal lain termasuklah pilihan untuk menyimpan sel tunjang dalam pelbagai format.

* Dengan makmal seluas 2000 kaki persegi, CSI menyediakan bilik yang telah disahkan bersih untuk pemprosesan dan satu kawasan simpanan yang cukup lapang.

* Di Kuala Lumpur, CSI terletak di Northpoint Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur. Anda juga boleh menghubungi talian 03-22820890 atau talian pelanggan 24 jam; 1300-88-2355 atau melayari laman web CSI; www.cellsafegroup.com.

Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:

* Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.

* Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.

Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:

* Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.

* Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.

Islam benar guna darah tali pusat.

MUKADIMAH
KEPESATAN Kemajuan sains perubatan telah mewujudkan pelbagai teknologi bagi mengubati pelbagai penyakit khususnya yang kritikal.

Penemuan terkini ialah penggunaan sel stem atau lebih dikenali sebagai sel induk atau tunjang bagi merawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia serta talasemia.

Secara umumnya terdapat dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan terbaru daripada tali pusat bayi baru lahir.

Ekoran itu, kini berlaku perkembangan industri menyimpan darah tali pusat bayi yang dikatakan kaya dengan kandungan sel stem dalam satu bank khas dan Malaysia antara negara terlibat.

Persoalannya adakah industri menyimpan darah tali pusat bayi merupakan satu perniagaan yang beretika dan bagaimana pula dengan keperluan undang-undang bagi memastikan industri itu tidak disalahgunakan.

Kemungkinan juga golongan ibu bapa tidak mendapat maklumat yang tepat dan akhirnya mereka mudah terpedaya dengan ejen pemasaran syarikat terbabit.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas wartawan Utusan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD dan HANIZA HASSAN telah menemubual beberapa pihak untuk mengupas beberapa persoalan yang timbul.

KUALA LUMPUR 13 Ogos � Islam tidak menghalang penggunaan bahan yang pada asalnya najis bagi tujuan perubatan kerana ia tergolong dalam perkara darurat.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Islam amat fleksibel tentang isu tersebut iaitu berdasarkan kepada keperluan dan fungsinya sebagai penawar bagi mengatasi penyakit seseorang dan bukannya atas sebab lain.

Beliau berkata, atas asas itu Islam membenarkan perpindahan darah daripada seorang kepada seorang yang lain dan begitu juga dengan pendermaan organ.

Seperti darah, sekiranya ia telah dikeluarkan dari tubuh, sifatnya akan bertukar menjadi najis. Bagaimanapun disebabkan keperluannya serta berlaku perubahan kimia apabila dipindahkan kepada orang lain untuk tujuan perubatan, penggunaannya adalah dibenarkan.

Contoh yang saya berikan ini boleh diguna pakai kepada penggunaan darah tali pusat bayi yang mana ia turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit, katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penggunaan darah tali pusat bayi bagi tujuan perubatan.

Teknologi yang mula diperkenalkan di Malaysia sejak lapan tahun lalu itu kini semakin dikenali di kalangan rakyat di negara ini dan ada antara mereka yang menyimpan darah tersebut untuk digunakan pada masa akan datang sekiranya anak mereka sakit.

Mohd. Asri berkata, isu yang sama turut melibatkan penggunaan baja terhadap pokok buah-buahan iaitu sifat asal baja tersebut adalah najis.

Namun begitu buah yang dihasilkan tidak najis. Memang baja itu najis tetapi disebabkan berlaku perubahan kimia ketika ia meresap pada pokok telah menyebabkan sifat najis itu berubah,katanya.

Ditanya mengenai fleksibel dalam Islam terutama berkaitan penggunaan bahan najis untuk tujuan perubatan beliau menjelaskan, fleksibel dan darurat mempunyai kaitan yang amat rapat.

Dengan mengambil dua faktor itu Islam tidak ada halangan bagi seseorang untuk menggunakan bahan yang pada asalnya najis untuk dijadikan sebagai ubat atau penawar.

Apa-apa bahan sekali pun pada peringkat asal ia adalah najis tetapi atas faktor manfaatnya untuk manusia, penggunaannya adalah dibenarkan. Ini merupakan keistimewaan yang ada dalam Islam,ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegur masyarakat Islam yang hanya tahu menimbulkan persoalan adakah perkara itu halal atau haram tanpa berusaha membuat kajian untuk mendapatkan penawar bagi sesuatu penyakit.

Saya kira sudah sampai masanya pakar kita membuat kajian mengenai penawar bagi penyakit kronik supaya kita tidak lagi bergantung kepada kepakaran masyarakat Barat.

Bagi saya daripada kita sibuk membicarakan soal halal dan haram lebih baik ada di kalangan pakar kita turut sama terbabit mencari jawapan bagi mengatasi masalah penyakit tersebut,� ujarnya.

********so.........
byk benefit kn????mmg la kita xnk segala penyakit ni sggh kt kita & family kita............tp as an insurance,bole je simpan kn???we never know.....rite??........

^-^

4 comments:

Shima said...

betul ina......sokong...gud info...

iNa said...

tul kn???worth it..!!

sheila said...

ms peknenkan khilfi pun ada gak rasa nak amik....tapi bila pikir macam2 kos melepas lepas tu...cam tak jadi.

terukkan akak ni...shopping boleh aje ratus...ish ish ish..

lepas ni insyaallah akan aku simpan duit utk tujuan ni..dan utk future

iNa said...

uwaa..same la kite kak..
shopping xpe plak..kn??
huhu..
num 3 ni kite kene kuatkan azam kak..kene simpan gak..hehe