Showing posts with label ArtiKeL MotiVaSi. Show all posts
Showing posts with label ArtiKeL MotiVaSi. Show all posts

Friday, February 18, 2011

..::adab memberi SaLam::..

bole klik2 & bace kt cni...

http://marhaenkacak.blogspot.com/2010/12/akum-salam-as-salam-assalamualaikum.html

or..........
ina copy paste ye..leh bace cni......

credit to ---> http://marhaenkacak.blogspot.com/

Akum, Salam, As Salam, Assalamualaikum : Alahai........


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca2 blog Hikayat Marhaen Kacak ini. Saudara dan saudari sekalian, hari ini aku seperti tak terasa pula nak mengemaskini blog aku ni. Rasa macam malas la pula walaupun ada banyak isu aku nak ketengahkan sejak akhir2 ini.

Walaupun begitu, tiba2 aku merasa terpanggil pula nak mengulas tentang satu isu yang aku rasa perlu untuk aku mengetengahkan pendapat secara ringkas.

p/s : Dalam komentar kali ni, aku nak bentangkan isu secara 'straight forward' dan aku tak mahu lagi berkias-kias. Takut nanti akan mencetus polemik seperti entri aku sebelum ini yang di salah erti. Mungkin gaya penulisan aku sebelum ini agak mengelirukan dan mungkin juga lenggok kiasan dan satira tidak boleh digunapakai dalam penulisan blog berbahasa Melayu kerana orang kita tidak suka membaca sesuatu entri sampai habis ataupun pengunjung2 blog aku bukanlah peminat setia Majalah Lawak Ujang mahupun Gila-Gila.......Toyyibbb...

Korang mesti pernah terlihat dalam buku2 ilmiah Islam menulis kan pelbagai 'shortform' yang mewakili perkataan2 bahasa arab yang panjang seperti :

S.W.T - Subhanahu Wa Taala
S.A.W - Salallahu Alaihi Wassalam
A.S - A'laihis Salam
K.W.J - Karamallahu Wajhah
R.A - Radhiallahu Anhu

Singkatan diatas dicipta bertujuan memudahkan penulisan untuk gelaran2 yang baik bagi Allah, Rasul, para sahabat dan personel2 islam yang disanjungi. Singkatan ini digunapakai secara meluas dalam kitab2 agama sejak dari dahulu lagi.

Orait.... Apa reaksi korang kalau aku katakan :Nabi Muhammad kita telah dihina oleh industri perfileman Hollywood kerana menerbitkan filem SAW yang terang2 menunjukkan tajuk filem ini menggunapakai terma singkatan bagi nabi besar kita?

Adakah korang terkejut jika aku menyatakan bahawa :

Singkatan S.W.T itu tidak boleh digunapakai kerana 'shortform' ini bermaksud 'Sucks Women Tits' di dalam Bahasa Inggeris ataupun 'Hisap Puting Perempuan' di dalam Bahasa Nusantara nya. Maka hendaklah kita menulis penuh singkatan ini seperti lafaz asalnya iaitu Subhanahu Wa Taala.

Dan adakah korang terkesima apabila aku menyatakan :

Singkatan R.A yang bermaksud 'Moga Diredhai Allah Keatasnya' untuk menggelar para-para sahabat dan tokoh-tokoh islam tidak boleh lagi digunapakai kerana RA itu adalah salah seorang Tuhan Mesir Purba yang bermaksud Tuhan Matahari?

Apa kata aku kumpukan2 maklumat2 gempak ini dan kemudian aku emailkan secara pukal kepada rakan2 aku dan kemudian aku forward kan ke facebook dan laman2 web sosial yang terkenal di internet. Apakah reaksi orang ramai terhadap info yang akan mereka baca ini kelak? Perlukah kita terus tidak menggunapakai singkatan2 gelaran yang telah kita fahami maksud di sebaliknya sejak sekian lama?

Saudara dan saudari sekalian. Suatu masa dahulu heboh tersebar satu pernyataan bahawa umat Islam di tegah untuk menggunakan singkatan AKUM, ASKUM dan sebagainya untuk menggantikan frasa salam Assalamualaikum. Dikatakan istilah AKUM itu bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani yang menujukan makna itu kepada orang yang berbukan bangsa Yahudi.

Pada masa itu, walaupun aku tidak berkenan sangat terhadap perkaitan isu AKUM dengan bahasa Ibrani ini, tetap juga aku menukarkan ayat 'greetings' dalam SMS aku kepada SALAM. Ini kerana walaupun aku rasa 'nonsense' tentang perkaitan yang ditampilkan, aku tetap berusaha untuk menggunakan terma SALAM dalam SMS kerana sememangnya itu adalah lebih baik kerana lebih memberi makna di dalam Bahasa Arab merangkap Bahasa Al-Quran.

Kenapa aku kata 'nonsense'? Jangan hentam aku dulu...... Baca lagi sampai habis........

Baru2 ini pula timbul pula pernyataan yang telah disebarkan secara meluas di dalam Facebook mengatakan sebaik2 nya tulislah perkataan AS-SALAM untuk memendekkan terma Assalamualaikum. Alasannya, perkataan SALAM itu adalah bermaksud SELAMAT TINGGAL berdasarkan Terjemahan Ayat Al-Quran daripada Tafsir Pimpinan Ar Rahman bagi ayat terakhir Surah Az-Zukhruf. Salam dalam ayat ini ditujukan kepada golongan yang tidak beriman.

Di sini bukanlah aku nak menyalahkan terjemahan dalam Tafsir Pimpinan Ar Rahman ini. Apa yang aku nak tekan kan di sini ialah maksud As Salam dan Salam tu adalah SEJAHTERA dan SELAMAT secara umumnya. Tafsir di atas menerjemahkan perkataan SALAM di dalam konteks ayat dalam Surah di atas sahaja. Secara umumnya, SALAM tetap bermaksud SELAMAT atau SEJAHTERA.

Dari segi isu yang dibangkitkan sejak sekian lama tentang singkatan ASSALAMUALAIKUM dalam SMS dan sebagainya, bagi aku tidak mengapalah kalau hendak menulis apa2 singkatan pun seperti AKUM, A'KUM, ASKUM, dan sebagainya kerana permaksudan terhadap ayat tetap membawa kepada SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU. Kita taip singkatan apa2 pun, tetap pembaca memahaminya sebagai ucapan salam ASSALAMUALAIKUM.

Si pembaca tidak pula memahami ungkapan ASKUM, SALAM dan sebagainya dengan makna dalam bahasa Ibrani ataupun apa2 istilah lain. 'Ruh' dalam singkatan itu tetap menuju kepada mendoakan saudara sesama Islam kita. Kita tidak lah pula mendoakan mereka menjadi binatang ataupun menyamakan mereka dengan orang2 yang tidak beriman!. Tambahan lagi, kita tidaklah mengucapkan AKUM mahupun SALAM bila berjumpa dengan kawan2 kita secara 'live'. Kita tetap mengucapkan ASSALAMUALAIKUM bukan?


Berbalik kepada kisah S.A.W, S.W.T dan R.A di atas, adakah kita sama2 akan menyeru supaya ditukar singkatan gelaran2 mulia di atas kepada singkatan yang lain? Sudah tentu kita berpikir 2-3 kali bukan? Kenapa berpikir 2-3 kali? Bukankah pernyataan ini sama dengan isu AKUM yang dikatakan mempunyai persamaan dengan istilah di dalam Bahasa Ibrani itu?

Tuan2 dan Puan2, sememangnya sebaik ucapan ataupun teks salam adalah ASSALAMUALAIKUM ataupun SALAMU ALAIK. itu memang tidak dinafikan lagi. Cuma di sini saya menyeru supaya isu tentang teks salam di dalam SMS ini tidaklah perlu diperbahaskan sangat. Apa2 pun singkatan, maksud nya tetap di i'tiqadkan sebagai maksud yang memberikan makna yang baik2.

Wallahualam..... Entri ini di tulis hanya untuk menyeru kepada saudara2 sekalian untuk tidak bersusah payah untuk berpolemik tentang permasalahan sekecil ini. Asalkan maksud dan intipati shariah singakatan itu sampai kepada si penerima, itu sudah mencukupi.

Untuk bacaan tambahan, saudara dan saudari boleh rujuk link di bawah.

adios...
JANGAN BERLAGAK MARHAEN JIKA TIADA JIWA MARHAEN


Wednesday, January 26, 2011

.:Jgn SaLah Ckp.........:.

.:*entri adalah serius..jd ayat harusslaaah serius hokay... :)

Aktive or Hyperaktive..

slalu kn dgr org ckp bile anak lasak je skit mula la nk kuar statement.........
"ank aku ni hyperaktif skit....."
..emmm...jgn salah anggap tau........hyperaktif ni adalah sejenis penyakit... :) ...

tapi..tgk kategori gak..

kalu ikut kategori.... ianya satu penyakit...... tp one thing bebudak hyperaktif ni.... otak mereka lebih bijak....antara sifat hyperaktif, dia x boleh buat sesuatu tu atau main dalam masa yg agak lama.... cepat bosan.... sbbnya... otak dia/akal bergerak cepat kot.....from my observation...... as long apa yg dilakukan x membahayakan diri anak tu biarkan aje...... x lama mana pun dia nk buat..... kejap dia lupa la....
masalahnya... kalau budak hyper active ni susah nak control...

hyperactivity is actually a psychological disorder (ADHD)

Cube kite bace soalan & jwpn di bwh...

Soalan:
Anak perempuan saya berumur 1th 3bln sangat aktif, sentiasa bergerak,bercakap dan bermain.Sangat sukar untuk tidur, hanya tidur 9pm/10pm dan bangun seawal 7am.Waktu siang hanya tidur 1 jam.

1-Adakah anak saya dikategori sebagai hyperaktif?.

2-Bgmna cara menangani anak aktif?

3-Anak saya juga amat manja tetapi tiada masalah semasa dibawah jagaan pengasuh semasa saya bekerja.Adakah sifat manja akan berubah jika mempunyai adik beradik lain?

Jawapan:

1-Anak puan bukan di dalam kategori hyperaktif. Ini kerana kanak2 hyperaktif tidak tidur siang dan malam pun jarang tidur. Mereka cuma tidur sejam sehari...pada umumnya ada sebilangan anak2 yang agak lasaklah, mungkin inilah kategori anak puan. Suka memanjat, suka bermain. Ini satu petanda bahawa anak anda seorang yang bijak dan pandai. Oleh itu dia lasak. Dia memerlukan aktiviti fisikal terutamanya untuk menampung kelebihan tenaganya. Ada baiknya membawanya ke playground setiap petang bila ada masa terluang supaya dia boleh menyahbuangkan perasaan keresahannya.....

2-Mereka juga memerlukan jadual yang rutin. Mereka perlu diajar satu rutin seharian yang perlu dipatuhi. Ini penting untuk semua anak-anak mahupun yang normal. Jadual yang rutin mententeramkan kanak2. Mereka merasa selamat kerana tahu bahawa keadaan adalah terkawal dan tahu apa yang akan berlaku seterusnya.Juga amalkan pemakanan yang berzat yang disiapkan sendiri dan jauhi makan ringan yang kaya bahan tiruan. Bahan tiruan didapati membuat anak2 moody.

3-Setiap anak pasti manja dengan ibu-bapanya. Tiada yang mahu berkongsi kasih. Kebiasaanya perasaaan cemburu akan timbul dari kakak atau abang. Perasaan ini tidak boleh dielakkan. Ibu-bapalah yang memainkan peranan terpenting untuk menyatukan perasaan mereka dan menimbulkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Banyakkan mereka dilibatkan aktiviti bergotong-royong apabila ada peluang. Latih abangnya atau kakanya untuk menolong menjaga baby. Lama-kelamaan apabila dia membesar dia akan belajar bahwa adiknya bukan satu ancaman besar untuknya dan akan merasa kurang cemburu.

***jd jelas kn antara lasak,aktif & hyperkatif...

aktif dan hyperaktif membawa maksud yg berbeza. Hyperaktif adalah sejenis penyakit. Ada yang hyperaktif peringkat mild, ada yg serius. Hyperaktif, cerdik, nakal..... takde kena mengena dengan one another.

sbb tu jgn mudah2 je nk categorizekan anak kite hyperactive... active, yes...hyperactive ni doc yg specialized je bleh diagnose sbb ade symptoms2 tertentu...

kalau hyper ni,suka menyakat org lain,x boleh duk diam,"dia dlm dunia n khayalan sendiri"..ank aktif ni mmg mind dia cerdas lagi cergas..

kdg2 symptom hyperaktif ni...

HYPERACTIVE

~ tak boleh duduk diam wpun 1 saat
~ mainan sumer takde rupa mainan abih lingkup, hancus jadi debus
~sangat laa tidak paham arahan wpun dah umur 8 tahun
~ segala2 yg dia nak mesti dapat, kalau tak mengamuk sakan
~ apa yg dia nak mesti cepat.. lmbt, naik angin ler dia -->yg ni mcm ala2 autisme skit..
~ paling suka main komputer..
~ lambat bercakap dan kita susah nak paham apa yang dia cakap..

ape itu autisme??nti kang kite cite ek..

aktif,hyperkatif,autisme kene diagnose by specialist, very thin line between autism, hyperactive...but of course it's a sickness..

aktif/lasak tu tandanya sihat-walafiat...tu sebab dia boleh meneroka alam..
hyperactive tandanya ada penyakit...sampai takleh duk seminit dua...

yg ramai kata tu,..org melayu nie suka berkias....dia tak suka cakap anak tu jahat sebab nakal, dia tukar cakap anak aktif tu cerdik....memang cerdiklah sebab dia kreatif cari masalah....selagi kita tahu anak kita sihat, alhamdulilah......

b4 ni..pnah terbaca tips dr DR Fadzilah Kamsah...tp tk ingat kt mane..katenye.."Bagi anak2 yg dah azalinya lasak/aktif kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant"...

lg satu..kurangkan mkanan/minuman manis ..gula2 etc tu..and bykkan bagi dia seafood like lala/kepah...seafood ni ada satu mineral (sorry lupa pulak nama dia) yg blh "redakan" budak2 yg terlebih active ni.

Autisme plak....

skali pndang mmg mcm ala2 aktif..nakal...hyperaktif........
tp bukan ye...ia adalah sejenis penyakit...........
ade ketegori jgk...ade yg mild2 je..ade yg serius..semua kene diognise by paed...

Autism is a brain development disorder that impairs social interaction and communication, and causes restricted and repetitive behavior, all starting before a child is three years old.

ASD (Autistic Spectrum Disorder)

Symptom2.........

1. KOMUNIKASI:
•Perkembangan bahasa lambat
•Masalah pendengaran
•Jarang gunakan bahasa
•Jawapan tidak sesuai; tidak jawaB soalan kita
•Meniru perbualan orang
•Tarik tangan orang bila hendak sesuatu


2. INTERAKSI SOSIAL
•Tiada kontak mata, elak drp memandang
•Tidak gemar bermain atau berada dengan kawan
•Suka menjauhkan diri


3. GANGGUAN DERIA
•Sensitif pada sentuhan
•Tidak suka dipegang
•Sensitif kepada bunyi
•Suka jilat mainan
•Kurang sensitif pada rasa sakit/taku

4. POLA BERMAIN
•Suka pada benda yang bergerak (kipas angin, barang mainan bateri)
•Pegang benda yang dia suka
•Tidak suka bermain dengan rakan sebayanya


5. TINGKAH LAKU

•Duduk lama tanpa buat apa-apa

•Tidak suka pada perubahan

•Buat perlakuan yang berulang-ulang

•hiperaktif





6. EMOSI

•Marah ,ketawa,menangis tanpa terkawal

•Rosak benda jika emosi terganggu

•Cederakan diri sendiri

•Tidak rasa simpati, tidak memahami perasaan orang

******************* JaDi kesimpulannya...............................

jgn mudah nk labelkan ank2 kite yg lasak ni HYPERAKTIF...

sbb HYPERAKTIF tu sejenis penyakit.......dan klau HYPERAKTIF tahap serius boleh membawa kpd AUTISME..........


klau LASAK/AKTIF mungkin.........

sbb adat la kn kanak2 senang membesar ni aktif/lasak...sbb diorg nk meneroka dunia br diorg...
jd...biarkan..bg ruang & peluang pd ank2 ni..tp sentiasa pastikan keselamatan mereka...jgn buat benda2 yg merbahaya pd diri sendiri & org sekeliling...

TAPi...

klau kita rase mmg ank kita tu ade symptom2 hyperaktif ni..bwk la g jumpe paed & pakar...

refer kt specialist.....diorg akan diognos...then kite akan tau tahap2 hyperaktif ank kita...... :)

bile dh tau mudah la nk wat treatment kn... :)


Friday, January 15, 2010

:+:TenTanG MaKaN:+:

Salam..
Hari ni pg2 dh rajin bukak email...
tup2 terpandang satu email ni..kwn ina bg......
B4 ni rasanya pnah terbaca jugak....tp x brp nk ingat..........
Rasa mcm menarik........ & nk kongsi dgn kwn2 blog......
Sama2 kita fikirkan ya..... :)

Ina copy paste kt bwh ..... jom baca..... :)

*****************************************************************************

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua.

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini? Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran

darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaAllah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

^_^

Thursday, December 17, 2009

:+:SaLam MaaL Hijrah 1431H:+:


..SaLaM TaHuN BaRu HiJRaH 1431H...


**********************************************************

Esok 1 Muharam 1431 H, malaikat pencatat amal perbuatan kita akan membuka catatan baru untuk tahun baru mendatang........
Mari la kita bersama2 membuka catatan tahun baru yang lebih bersih dengan semangat baru, niat baik, harapan, cita dan cinta......
Kuatkan hati dan lambungkan harapan tinggi lalu bersemangat untuk mencapai segala niat baik kita nanti.....
Hilangkan segala permusuhan, damaikan jiwa dan raga untuk sesama umat manusia, bersama-sama mengisi sisa hidup di dunia dengan segala perbuatan yang baik, bermanfaat bagi diri sendiri dan sesama....
Dan semoga bersama-sama mendapat rahmat dr Illahi.......

Semoga Allah meredhai segala niat dan usaha-ibadah kita di dunia ini.
Semoga Allah memberikan Hidayah, Berkah, Keselamatan, Kesihatan, Rezeki, di tahun-tahun mendatang hingga ajal menjelang....

Ya Rabbi...jangan tinggalkan hamba meski hanya sedetik pun, karana hamba tidak akan sanggup menghadapi dunia tanpaMu..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami Muhammad, keluarga, dan sahabatnya. Wahai Allah, segala yang telah kukerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itulah ya Allah, saya mohon ampunan Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahanMu. segala apa yang telah saya kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepadaMu, wahai Dzat yang Maha Pemurah, wahai Dzat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya.” 3x

Barangsiapa membaca doa ini dalam waktu tersebut, maka setan berkata: “kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam (manusia) pada tahun ini”. Maka dibinasakanlah dengan satu saat saja, sebab membaca doa ini. Dan dosa-dosanya diampuni oleh Allah Ta’ala dalam setahun ini. Lalu membaca doa awal tahun setelah sholat maghrib hari ini sebanyak 3x di ulangi kembali esok hari pada 1 Muharam.

” Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berilah rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya. Wahai Allah, Engkau Dzat yang kekal abadi, Maha Dahulu dan Maha Awal dan dengan anugerahMu yang besar dan kemurahanMu yang dibutuhkan. Ini tahun baru telah tiba, (karena itu, wahai Allah) kami mohon kepadaMu penjagaan sepanjang tahun ini dari setan, kekasih dan bala tentaranya, dan berilah pertolongan untuk menghindarkan diri dari nafsu yang mengajak melakukan kejahatan. Dan bimbinglah kami dengan segala pekerjaan yang dapat mendekatkan saya kepadaMu dengan sedekat-dekatnya, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.” 3x

Barangsiapa membaca doa ini, maka setan berkata: “telah amanlah anak Adam daripadaku pada sisa umurnya pada tahun ini karena Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnahku.”


********************************************************
Peringatan tuk diri sendiri --> Moga ditahun baru nie kita same2 perbaiki diri.....kelemahan diri.....moga same2 jd insan yg bermuhasabah........ :)..........
Aminnn......


^_^

Thursday, July 16, 2009

:+:SyaHdu La PLaK..huhu..uwaaa:+:

Tajuk x tahan la kaaann... :) ..
Mlm nie duk bace email......then rase mcm nk copy n paste email nie kt blog...sbb..sbb...rase syahdu je bile bace... :( ... Sile la bace yer...
.............................................................................................
Baca pelan- pelan dgn penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Thursday, June 11, 2009

:+:Paku Dan Hati??:+:

Saje nk kongsi artikel dr email... :)
............................................................................

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada
tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan di dinding hati
anda semua".......

Friday, May 22, 2009

:+:KeisTiMewaaN WaniTa :+:

..entry suke2...
coz.........pas bace tag kt blog kwn2...............
maka tergerak la hati nk copy paste artikel ni..................

Jom baca..........

...........................................................

Keistimewaan Wanita
Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Karena diberi Keistimewaan Oleh Allah.

19 Keistimewaan Wanita

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT .
................................................................

so...........mmg bertuah kan kita dilahirkan sebagai WANITA... :)